Sejarah

Pada zaman dahulu, Kampung Glam merupakan sebuah kampung nelayan yang terletak di muara sungai. Menurut orang tempatan, perkampungan ini mendapat namanya sempena sejenis pokok, iaitu Pokok Gelam yang kulitnya digunakan oleh nelayan-nelayan pada masa itu untuk  menggalangkan perahu mereka yang bocor. 

Selepas pemerintah Singapura, Sultan Hussein Mohammad Shah dan Temenggung menandatangani satu perjanjian dengan Syarikat India Timur Inggeris untuk membenarkan pihak Inggeris memerintah Singapura, tempat ini telah menjadi pusat perdagangan makanan tradisional dari Arab dan Indonesia   Jumlah penduduk di kawasan ini pun kian meningkat apabila Sir Stamford Raffles menetapkan kampung ini sebagai kawasan penempatan untuk mereka yang beragama Islam.


Pada tahun 1840, putera kepada Sultan Hussein, Tengku Ali telah mengarahkan pembinaan Istana Kampung Glam sebagai tempat tinggal anggota keluarga diraja. Maka, lebih ramai orang Melayu telah ditarik untuk memindah ke sini kerana ahli keluarga diraja mempunyai taraf yang tinggi antara kaum Melayu pada masa itu. Pada tahun 1924, Masjid Sultan telah dibangunkan semula supaya dapat menampung jumlah orang muslim yang besar yang perlu melakukan sembahyang setiap hari. 


No comments:

Post a Comment