Tempat membeli-belah

Jalan Haji
Jalan Haji terletak di hati Kampung Glam. Destinasi ini ialah satu tempat tarikan pelancongan yang terkenal untuk membeli-belah. Walaupun jalan ini sungguh sempit, bangunannya dipenuhi dengan lukisan mural yang berwarna-warni dan merupakan jalan yang tercantik di Singapura. Lorong ini juga menjadi tempat bersantai remaja-remaja yang “cool”. Para pelancong akan makan angin di sini dengan selesa dan tenang.

Jalan Arab
Jalan Arab terletak berhampiran dengan Masjid Sultan. Terdapat pelbagai jenis kedai yang menjual  barang-barang seperti kain batik Melayu  dan Indonesia yang berkualiti, pakaian Islam, aksesori kristal dan permata di sini. Para pelancong juga dapat menjumpai restoran-restoran unik masyarakat Melayu Singapura dan negara-negara lain. Waktu operasi kedai-kedai di sini adalah dari pukul 12 tengah hari hingga pukul 8 malam.


No comments:

Post a Comment