Taman Warisan Melayu
Taman Warisan Melayu dibina di kawasan Istana Kampung Glam yang telah dibaik pulih untuk menjadi sebuah muzium dan telah terbuka untuk lawatan orang ramai. Pameran di sini dibahagikan kepada Galeri 1 dan Galeri 2 yang bertajuk 'Lebih daripada sebuah bandar pelabuhan'.
Taman Warisan Melayu dibina di kawasan Istana Kampung Glam yang telah dibaik pulih untuk menjadi sebuah muzium dan telah terbuka untuk lawatan orang ramai. Pameran di sini dibahagikan kepada Galeri 1 dan Galeri 2 yang bertajuk 'Lebih daripada sebuah bandar pelabuhan'.
Para pelancong boleh menemui koleksi barang-barang peribadi dan menonton tayangan temu bual dengan penduduk kampung zaman dahulu yang menceritakan kehidupan mereka pada zaman itu.
Di sini, pelancong-pelancong juga dapat mengharyati pelbagai persembahan tradisional orang Melayu seperti teater, tarian dan nyanyian. Melalui lawatan ke tempat ini, para pelancong dapat memahami faktor-faktor kewujudan Kampung Glam sebagai sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kepunyaan ekonomi serta taraf sosial yang berbeza.
Istana Kampung Glam terletak di Pintu Sultan, pertengahan Kampung Glam. Istana tersebut dibina pada tahun 1840 dan merupakan satu-satunya istana diraja yang tertinggal di Singapura.
Pereka istana ini ialah George Drumgoole Coleman, seorang arkitek dari Ireland. Reka bentuk bangunan dua tingkat ini mempunyai gabungan gaya Palladio dari Engalnd dan asal-unsur tradisional Melayu. Para pelancong dapat melihat konsep Rumah Limas (rumah tradisional orang Melayu) seperti serambi, ibu rumah dan rumah dapur digunakan dalam pembinaan istana ini. Istana Kampung Glam dicatkan dengan warna kuning yang menadakan keluarga diraja sedunia.
Masjid Sultan
Pada tahun 1824, Masjid Sultan dibina berdekatan dengan Istana Kampung Glam untuk kegunaan Sultan Hussein. Masjid ini telah dibangunkan semula untuk menampung jumlah jemaah yang semkain meningkat pada tahun 1924.
Satu keistimewaan Masjid Sultan ialah kita dapat melihat botol-botol kicap yang berwarna coklat disusun rapi di bawah kubuhnya. Hal ini demikian kerana pada masa itu, penduduk-penduduk kampung yang kurang berkemampuan sanggup mendermakan beribu-ribu botol kicap sebagai bahan pembinaan masjid. Dengan sumbangan daripada masyarakat Melayu dan Islam, Masjid Sultan berjaya disiapkan pada tahun 1928, mengambil masa empat tahun dan ia boleh menampung 5000 orang.
Pihak kerajaan Singapura telah mengiystiharkan Masjid Sultan sebagai monumun kebangsaan pada tahun 1975. Masjid ini merupakan masjid tertua di Singapura dan ia terus berfungsi sebagai tempat penumpuan masyarakat Melayu dari segi kesenian dan keagamaan pada hari ini.
No comments:
Post a Comment